Wednesday, August 28, 2013

Ikatan Dan Simpulan Asas

Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif.Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan dapat membantu penyelamat untuk mencapai objektif iaitu menyelamat mangsa.

Ikatan dan simpulan asas
Terdapat sepuluh ikatan asas yang digunapakai dalam kerja-kerja menyelamat.Ikatan dan simpulan ini boleh dipelbagaikan untuk kerja-kerja menyelamat.Ikatan dan simpulan yang digunakan ialah:
Thumb Knot/Stopper Knot (Simpul Mati)
Figure Of Eight Knot (Simpul Angka Lapan)
Reef Knot (Buku Sila)
Sheet Bends (Bunga Geti)
Bowline (Tindih Kasih)
Half Hitch (Setengah Belit)
Clove Hitch (Simpul Manuk)
Round Turn and Half Hitch (1 lengkar 2setengah belit)
Timber Hitch (Simpul Balak)
Chair Knot (Simpul Kerusi)
Simpul Mati

Digunakan untuk menyimpul hujung tali terburai dan menjadi ikatan penahan pada takal.Ianya sukar untuk dibuka

Simpul Angka Lapan
Kegunaanya adalah sama seperti simpul mati, akan tetapi ianya lebih mudah dibuka berbanding simpul mati.
Ikatan Buku Sila
Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang sama saiz.Ianya juga ikatan yang digunakan dalam pertolongan cemas iaitu mengikat hujung kain anduh atau pembalut.

Ikatan Bunga Geti
Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang  tidak sama saiz.Ianya juga ikatan yang digunakan untuk mengikat hujung tali di dalam  kawasan berair.Terdapat dua jenis.Iaitu Double (Berganda) dan Single (Tunggal) SheetBend (Bunga Geti). Untuk Bunga Geti Berganda ianya dililit dua kali. Perbezaannya ialah dari segi kekuatan. Semakin Banyak lilitan semakin kuat ikatan.

Ikatan Tindih Kasih
Ianya digunakan untuk menurun atau menaikkan mangsa yang sedar dan jua bertindak sebagi tali pandu.

Setengah Belit
Ianya digunakan untuk mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat

1 lengkar 2 setengah belit


Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja menyelamat.Perbezaannya ianya boleh diubah-ubah dan mudah dibuka.

Simpul Manuk

Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja menyelamat.


Simpul Balak
Ianya digunakan untuk mengangkat  atau menurunkan kayu, papan, atau peralatan




Simpul Kerusi


Ianya digunakan untuk menaik dan menurunkan mangsa dari tempat tinggi atau kawasan rendah.Ianya hanya digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan diri


Ikatan dan simpulan memainkan peranan yang besar dan dapat membantu penyelamat dalam menjalankan kerja-kerja menyelamat sesebuah bencana atau kemalangan

6 comments:

  1. Assalamualaikum..alhamdulillah perkongsian kemahiran yang sangat berguna ketika dalam pelbagai keadaan.. ana sendiri adalah anggota pertahanan awam negeri melaka dan sangat bersetuju ikatan dan simpulan ini sangat bermanfaaat.. diharapkan admin dapat menambah kemahiran-kemahiran asas dan lanjutan yang digunakan oleh jabatan pertahanan supaya dapat memudahkan individu awam yang lain dalam mempelajari ikatan dan simpulan ini.

    ReplyDelete
  2. terima kasih info yang berguna ni :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete