kami bersaudara sampai syurga...insyallah..:)
Friday, September 27, 2013
Balutan dan pembalut
Balutan
n
Balutan
ialah penutup luka-luka untuk :
`
Mencegah
jangkitan kuman
`
Menghisap
kotoran yang terkeluar
`
Menahan
darah
`
Menjauhkan
pertambahan kecederaan
Balutan yang sempurna mestilah bersih dari kuman dan
mempunyai lubang-lubang kecil bagi membolehkan peresapan darah dan pengaliran
peluh.
Cara Balutan
-Cuci tangan anda terlebih dahulu
-Elakkan dari menyentuh luka atau bahagian pembalut dengan
jari
-Jangan bercakap atau batuk ke arah luka
-Balutan ditutup dengan kain kasa di bahagian luka dan ikat
dengan elok
-Sekiranya balutan melekat pada luka, basahkan dengan air
untuk menanggalnya
Pembalut
tiga segi
Sebaik-baiknya
kain kapas, tidak kurang dari 1 ela persegi, lipat dari sudut ke sudut ikat dengan
cara simpul sila.
Kegunaan kain
tiga segi
n
Membalut
luka di kepala
n
Membalut
luka di bahu
n
Membalut
luka di siku
n
Membalut
luka di tapak tangan
n
Membalut
luka di punggung
n
Membalut
luka di lutut
n
Membalut
luka di tapak kaki
n
Anduh
besar
n
Anduh
kecil
n
Penahan
darah
n
Merawat
patah
n
Pelapik
cincin
n
Mengipas
mangsa
CPR BAYI
RESUSITASI
KARDIOPULMONARI (CPR)
BAYI
Siapa Yang Perlu Belajar?
- Ibubapa – bayi kecil, bayi bermasalah – sakit jantung,
lelah
- Kakitangan pusat jagaan bayi
- Semua kakitangan kesihatan dan penyelamat professional
Sebab Kematian Bayi
- Kecederaan – kemalangan jalan raya, terbakar
-Mati lemas
-Keracunan – tikus, racun serangga dll
- Penyakit sistem Respiratori – asthma, radang paru-paru
-Tercekik – barang permainan, makanan, penutup plastik
dll
-Sindrom kematian mengejut - jarang
Pencegahan
- Pencegahan berlakunya kematian lebih berkesan dari
belajar untuk memberi bantuan kecemasan / CPR
-Persekitaran selamat :
- Kenderaan – kerusi bayi.
- Alat pencegahan kebakaran di rumah
-Barang permainan
- Awasi :
- Barang permainan - tercekik
- Jauhi sumber api / peralatan elektrik
- Jangan diberi makan/minum semasa menangis
Panduan CPR Bayi
D – danger / bahaya
R – respon / tahap kesedaran
A – airway / saluran pernafasan
B – Breathing / pernafasan
C – Compression / Tekanan dada
C – Compression / Tekanan dada
CPR : Bayi
-Umur kurang dari 1 tahun
-Teknik CPR dan rawatan tercekik adalah berbeza
-CPR 2 minit à minta
bantuan sistem kecemasan
-Anatomi dan fisiologi yang berbeza
-Nisbah saiz kepala : badan lebih besar
- Saiz lidah yang besar berbanding dengan rongga mulut – saluran pernafasan mudah tersumbat jika pengsan
-Nisbah saiz kepala : badan lebih besar
- Saiz lidah yang besar berbanding dengan rongga mulut – saluran pernafasan mudah tersumbat jika pengsan
Airway
- Baringkan bayi secara terlentang di atas permukaan
yang keras(meja).
- Ampu kepala dan tengkuk jika perlu dipusingkan –
kepala yang berat, otot-otot belum kuat
- Buka saluran pernafasan
-Teknik dongak kepala – angkat dagu
- Jangan dongak terlalu jauh – kecederaan tulang leher.
Breathing
Tentukan pernafasan
- Lihat – pergerakan dada turun naik
- Dengar – pergerakan udara
- 2 pernafasan bantuan secara perlahan-lahan
- Pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka
- Pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka
- Beri pernafasan mulut ke ‘mulut dan hidung’
Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi
- Perhatikan pergerakan dada
- Setiap hembusan 1 saat
- Setiap hembusan 1 saat
Tekanan dada
- Bayi mestilah dalam keadaan terlentang di atas permukaan
keras – lantai, tangan atau lengan penyelamat
-Bayangkan satu garisan antara kedua tetek bayi dengan
jari telunjuk anda
-Letakkan jari tengah dan jari manis disebelah jari telunjuk-
- Gunakan kedua-dua Jari tersebut untuk menekan sternum pada garisan tadi
-Letakkan jari tengah dan jari manis disebelah jari telunjuk-
- Gunakan kedua-dua Jari tersebut untuk menekan sternum pada garisan tadi
- Tekan sternum sedalam 1/3 – ½ inci
- Kadar – sekurang-kurangnya 100 kali seminit
- Kadar – sekurang-kurangnya 100 kali seminit
-Pernafasan bantuan setiap 30 tekanan
- Minta bantuan sistem rawatan kecemasan selepas 5 pusingan
= 1 kitaran
- Periksa tanda-tanda edaran darah setiap beberapa minit
- Teruskan CPR sehingga bantuan tiba
- Posisi pemulihan jika bayi kembali bernafas
Alat Pemadam Api
Alat pemadam api kecil (APAK) Adalah satu alat yang digunakan bagi mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal yang mana boleh dikendalikan oleh seorang sahaja.
Seorang boleh mengendalikan dengan betul dan dapat bertindak mengawal kebakaran didalam masa yang singkat
KATEGORI ALAT PEMADAM API
1. Jenis Cartridge
Gas Karbon Dioksida dimampatkan di dalam sebuah tabung kecil (Catridge) sebagai agen yang akan menolak kandungan alat pemadam api keluar.
2. Stored Pressure (Udara Tekanan)
Udara biasa atau nitrogen dimampatkan di dalam tabung bersama-sama dengan bahan alat pemadam api.
3. Stored Gas Pressure (Gas Tekanan)
Gas yang menjadi bahan memadam api itu sendiri dimampatkan ke dalam tabung. Contohnya CO2.
4. Tindak Balas Kimia
Berlakunya percampuran bahan kimia yang membolehkan berlakunya perubahan tekanan dalam tabung.
A) ALAT PEMADAM API JENIS AIR
Berat: 12kg atau 3kg
Warna: Biru
Jenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan C
Catatan : Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan.Jenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan C
2) Pemadam Api Karbon Dioksida
Berat: 3kg
Warna: Hitam
Jenis api yang boleh dipadamkan: Api dari peralatan elektrik
Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka
Berat: 12kg dan 3kg
Warna: Merah
Jenis api yang boleh dipadamkan: A, B, C dan api dari peralatan elektrik
Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja.
Menyelamat Kecemasan
1.CARA-CARA MENYELAMATKAN MANGSA.
Semasa sesuatu bencana atau kecemasan untuk sesuatu
tindakan pantas dalam membantu
mangsa-mangsa yang mengalami kecederaann dan untuk
mengalihkan mangsa ketempat yang selamat adalah dengan beberapa cara iaitu :
a) Pick
A Back - Memikul Uncang
b) Human
Crutch - Gaya Memapah
c) Fireman
Lift - Dukungan Bomba
d) Fireman
Crawl - Merangkak Bomba
e) Fore
And Art Method - Mengekor
f) Two,
three and four handed- silangan tangan 2,3 dan 4
g) Darling
carry - Mengangkat
kekasih
2- CARA YANG SESUAI BAGI SESEORANG PENYELAMAT.
A) Pick
A Back
- Memikul Uncang.
- Mangsa diangkat dengan cara memikul dibelakang badan.
Cara ini terbaik bagi mangsa yang sedar dan boleh memeggang atau memaut pada
bahu penyelamat
B. HUMAN CRUTCH - GAYA MEMAPAH
Apabila
mangsa yang cedera itu boleh dipapah, anggota penyelamat berdiri disebelah bahagian yang mengalami
kecederaan dan mengambil tangan mangsa serta memeggang pinggang dengan tangan
yang lain. Dengan itu anggota penyelamat bertindak sebagai ‘Tongkat’ yang
membantu mangsa bergerak.
C. Fore And Art Method - CARA MENGEKOR
D ) FIREMAN LIFT – DUKUNGAN BOMBA
Ini adalah cara untuk mengangkat mangsa yang tidak
berupaya atau mangsa pengsan. ini akan membolehkan penyelamat memeggang tangan
mangsa. Cara ini lebih memudahkan penyelamat tetapi akan menyebabkan mangsa
yang sedar kurang selesa.
E) FIREMAN CRAWL
Sekira anggota penyelamat terjumpa mangsa yang pengsan, tidak
berupaya, terlalu berat atau melalui kawasan yang sempit maka cara ‘Merangkak
Bomba’/ ‘Fireman Crawl’ sesuai digunakan.
Baringkan mangsa dalam kedudukan telentang dan ikatkan
kedua-dua sendi tangan mangsa. Melutut dan masukkan kepala diantara tangan
mangsa yang dikat lalu merangkak dan
mengheret mangsa keluar, walaupun mangsa itu lebih berat dari anda
F) DUDUK ATAS 2 TANGAN (TWO HAND SEAT)
G ) DARLING CARRY – MEMIKUL KEKASIH
Untuk membawa
mangsa seperti berikut :
•
Pengsan
•
Orang tua
•
Kanak-kanak
•
Lumpuh
Perhatian :
Jangan membawa
mangsa yang cedera dibahagian pinggang dengan cara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)