Friday, September 27, 2013

Kami Bersaudara dalam Sispa Kuim...

kami bersaudara sampai syurga...insyallah..:)













Balutan dan pembalut

            Balutan Dan Pembalut
Balutan
n       Balutan ialah penutup luka-luka untuk :
`         Mencegah jangkitan kuman
`         Menghisap kotoran yang terkeluar
`         Menahan darah
`         Menjauhkan pertambahan kecederaan

Balutan yang sempurna mestilah bersih dari kuman dan mempunyai lubang-lubang kecil bagi membolehkan peresapan darah dan pengaliran peluh.

Cara Balutan
-Cuci tangan anda terlebih dahulu
-Elakkan dari menyentuh luka atau bahagian pembalut dengan jari
-Jangan bercakap atau batuk ke arah luka
-Balutan ditutup dengan kain kasa di bahagian luka dan ikat dengan elok
-Sekiranya balutan melekat pada luka, basahkan dengan air untuk menanggalnya 

Pembalut tiga segi
Sebaik-baiknya kain kapas, tidak kurang dari 1 ela persegi, lipat dari sudut ke sudut ikat dengan cara simpul sila.


Kegunaan kain tiga segi
n       Membalut luka di kepala
n       Membalut luka di bahu
n       Membalut luka di siku
n       Membalut luka di tapak tangan
n       Membalut luka di punggung
n       Membalut luka di lutut
n       Membalut luka di tapak kaki
n       Anduh besar
n       Anduh kecil
n       Penahan darah
n       Merawat patah
n       Pelapik cincin
n       Mengipas mangsa



CPR BAYI

RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR)
BAYI
Siapa Yang Perlu Belajar?
-   Ibubapa – bayi kecil, bayi bermasalah – sakit jantung, lelah
-   Kakitangan pusat jagaan bayi
-    Semua kakitangan kesihatan dan penyelamat professional

Sebab Kematian Bayi
-  Kecederaan – kemalangan jalan raya, terbakar
-Mati lemas
-Keracunan – tikus, racun serangga dll
- Penyakit sistem Respiratori – asthma, radang paru-paru
-Tercekik – barang permainan, makanan, penutup plastik dll
-Sindrom kematian mengejut - jarang

Pencegahan
-  Pencegahan berlakunya kematian lebih berkesan dari belajar untuk memberi bantuan kecemasan / CPR
-Persekitaran selamat :
-  Kenderaan – kerusi bayi.
- Alat pencegahan kebakaran di rumah
-Barang permainan


-   Awasi :
- Barang permainan - tercekik
-  Jauhi sumber api / peralatan elektrik
-   Jangan diberi makan/minum semasa  menangis
Panduan CPR Bayi
    D – danger / bahaya
      R – respon / tahap kesedaran
     A – airway / saluran pernafasan
     B – Breathing / pernafasan
  C – Compression / Tekanan dada

CPR : Bayi
-Umur kurang dari 1 tahun
-Teknik CPR dan rawatan tercekik adalah berbeza
-CPR 2 minit à minta bantuan sistem kecemasan
-Anatomi dan fisiologi yang berbeza
-Nisbah saiz kepala : badan lebih besar
- Saiz lidah yang besar berbanding dengan rongga mulut – saluran pernafasan mudah tersumbat jika pengsan
Airway
-    Baringkan bayi secara terlentang di atas permukaan yang keras(meja).
-    Ampu kepala dan tengkuk jika perlu dipusingkan – kepala yang berat, otot-otot belum kuat
-     Buka saluran pernafasan
-Teknik dongak kepala – angkat dagu
- Jangan dongak terlalu jauh – kecederaan tulang leher.
Breathing
    Tentukan pernafasan
-     Lihat – pergerakan dada turun naik
-     Dengar – pergerakan udara
-    Rasa – hembusan nafas pada pipI

Bernafas
-    2 pernafasan bantuan secara perlahan-lahan
-   Pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka
-    Beri pernafasan mulut ke ‘mulut dan hidung’
Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi
-    Perhatikan pergerakan dada
- Setiap hembusan 1 saat

Tekanan dada
-   Bayi mestilah dalam keadaan terlentang di atas permukaan keras – lantai, tangan atau lengan penyelamat
-Bayangkan satu garisan antara kedua tetek bayi dengan jari telunjuk anda
-Letakkan jari tengah dan jari manis disebelah jari telunjuk-
-      Gunakan kedua-dua Jari tersebut untuk menekan sternum pada garisan tadi
-      Tekan sternum sedalam 1/3 – ½  inci
-      Kadar – sekurang-kurangnya 100 kali seminit
-Pernafasan bantuan setiap 30 tekanan
-      Minta bantuan sistem rawatan kecemasan selepas 5 pusingan = 1 kitaran
-      Periksa tanda-tanda edaran darah setiap beberapa minit
-      Teruskan CPR sehingga bantuan tiba
-      Posisi pemulihan jika bayi kembali bernafas


 

Alat Pemadam Api

Alat pemadam api kecil (APAK) Adalah satu alat yang digunakan bagi mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal yang mana boleh dikendalikan oleh seorang sahaja.
Seorang boleh mengendalikan dengan betul dan dapat bertindak mengawal kebakaran didalam masa yang singkat

KATEGORI ALAT PEMADAM API

1. Jenis Cartridge
Gas Karbon Dioksida dimampatkan di dalam sebuah tabung kecil (Catridge) sebagai agen yang akan  menolak kandungan alat pemadam api keluar.

2. Stored Pressure (Udara Tekanan)
Udara biasa atau nitrogen dimampatkan di dalam tabung bersama-sama dengan bahan alat pemadam api.

3. Stored Gas Pressure (Gas Tekanan)
Gas yang menjadi bahan memadam api itu sendiri dimampatkan ke dalam tabung. Contohnya CO2.

4. Tindak Balas Kimia
Berlakunya percampuran bahan kimia yang membolehkan berlakunya perubahan tekanan dalam tabung.

A) ALAT PEMADAM API JENIS AIR

Berat: 12kg atau 3kg
Warna: Biru
Jenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan C
Catatan : Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan.



2) Pemadam Api Karbon Dioksida




Berat: 3kg
Warna: Hitam
Jenis api yang boleh dipadamkan: Api dari peralatan elektrik
Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka













3) Pemadam Api Serbuk Kering ABC





Berat: 12kg dan 3kg
Warna: Merah
Jenis api yang boleh dipadamkan: A, B, C dan api dari peralatan elektrik
Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja.

Menyelamat Kecemasan

1.CARA-CARA MENYELAMATKAN MANGSA.

Semasa sesuatu bencana atau kecemasan untuk sesuatu tindakan pantas dalam membantu
mangsa-mangsa yang mengalami kecederaann dan untuk mengalihkan mangsa ketempat yang selamat adalah dengan beberapa cara iaitu :
a)      Pick A Back                    - Memikul Uncang
b)      Human Crutch                - Gaya Memapah
c)       Fireman Lift                    - Dukungan Bomba
d)      Fireman Crawl                - Merangkak Bomba
e)      Fore And Art Method     - Mengekor
f)       Two, three and four handed- silangan tangan 2,3 dan 4
g)      Darling carry                  - Mengangkat kekasih

2- CARA YANG SESUAI BAGI SESEORANG PENYELAMAT.
A)     Pick A Back
- Memikul Uncang.

- Mangsa diangkat dengan cara memikul dibelakang badan. Cara ini terbaik bagi mangsa yang sedar dan boleh memeggang atau memaut pada bahu penyelamat



B. HUMAN CRUTCH - GAYA MEMAPAH
Apabila mangsa yang cedera itu boleh dipapah, anggota penyelamat    berdiri disebelah bahagian yang mengalami kecederaan dan mengambil tangan mangsa serta memeggang pinggang dengan tangan yang lain. Dengan itu anggota penyelamat bertindak sebagai ‘Tongkat’ yang membantu mangsa bergerak.


C. Fore And Art Method - CARA MENGEKOR



 



D ) FIREMAN LIFT – DUKUNGAN BOMBA

Ini adalah cara untuk mengangkat mangsa yang tidak berupaya atau mangsa pengsan. ini akan membolehkan penyelamat memeggang tangan mangsa. Cara ini lebih memudahkan penyelamat tetapi akan menyebabkan mangsa yang sedar kurang selesa.

E) FIREMAN CRAWL 
Sekira anggota penyelamat terjumpa mangsa yang pengsan, tidak berupaya, terlalu berat atau melalui kawasan yang sempit maka cara ‘Merangkak Bomba’/ ‘Fireman Crawl’ sesuai digunakan.
Baringkan mangsa dalam kedudukan telentang dan ikatkan kedua-dua sendi tangan mangsa. Melutut dan masukkan kepala diantara tangan mangsa yang dikat lalu merangkak dan  mengheret mangsa keluar, walaupun mangsa itu lebih berat dari anda



F) DUDUK ATAS 2 TANGAN (TWO HAND SEAT)

G ) DARLING CARRY – MEMIKUL KEKASIH

Untuk membawa mangsa seperti berikut :
          Pengsan
          Orang tua
          Kanak-kanak
          Lumpuh
Perhatian :
Jangan membawa mangsa yang cedera dibahagian pinggang dengan cara ini.